JEMPOL: Seorang tukang masak berdepan empat pertuduhan di Mahkamah Majistret Bahau di sini pada Selasa termasuk menyebabkan kemalangan maut dalam kejadian di jalan besar Felda Palong 12 selepas didakwa melakukan jenayah curi, bulan lalu.
Tertuduh, Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 28 Februari lalu, jam 5.45 pagi di Jalan Besar Felda Palong 12, tertuduh memandu dengan cara berbahaya telah melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y80 hingga menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh sama jam 9.35 pagi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, didapati memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamine.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga dan keempat berkaitan kes curi, tertuduh bersama-sama yang masih bebas telah mencuri sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernilai RM120,000 kepunyaan sebuah syarikat dan sebuah lagi kenderaan jenis sama bernilai RM160,000 milik seorang lelaki.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan tertuduh juga pada tarikh sama jam antara 3.20 hingga 3.23 pagi di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan sebuah rumah di Taman Sornam dan Taman ACBE, Bahau.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri,manakala tertuduh diwakili peguam, Sarinah Mustafa.
Majistret kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi pertuduhan pertama, ketiga dan keempat serta RM5,000 bagi pertuduhan kedua dengan nilai keseluruhan jaminan sebanyak RM35,000.
Majistret turut menetapkan syarat tambahan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai, melapor diri di balai polis terdekat pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kesemua pertuduhan akan disebut semula pada 10 Mei ini bagi serahan dokumen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 19 2024
Tertuduh (dua kiri) mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan.
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langgar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Tiada 'double standard' dalam pendakwaan pegawai kanan polis - Timbalan KP Perak
Datuk Azizi Mat Aris berkata, kawalan tersebut merupakan prosedur biasa membawa orang kena tuduh ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.
Hukuman lelaki langgar Syed Danial hingga mati, Khamis ini
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan pada Khamis untuk hukuman sabitan lelaki yang menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.